Ads

Wednesday 12 November 2014

ah, S’wak mesti ada 35 peratus kerusi'


Parti Reformasi Negeri (Star) menuntut agar lebih banyak kerusi parlimen diperuntukkan di Sabah dan Sarawak melalui persempadanan semula yang akan dijalankan.



“Apapun formula atau asas untuk persempadanan semula, Sabah dan Sarawak mesti diberikan 35 peratus daripada kerusi parlimen untuk mengembalikan jaminan perlembagaan mereka,” kata pengerusi Star Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan.



“Semenanjung Malaysia tidak perlu diberikan lebih daripada 65 peratus kerusi seperti yang dijanjikan semasa pembentukan persekutuan Malaysia,” katanya.



Beliau mengulas mengenai rancangan persempadanan semula yang akan dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.



Dalam kenyataannya, Kitingan yang juga ADUN Bingkot berkata, dalam pembentukan Malaysia, Sabah dan Sarawak diperuntukkan jaminan perlembagaan pada 1963 untuk memastikan kedudukan istimewa negeri-negeri Borneo.



Kitingan berkata, ia merupakan asas yang dipersetujui untuk membentuk Malaysia.



Kataya, jaminan ini dibentuk bagi memastikan hak istimewa Sabah dan Sarawak tidak terhakis atau dipisahkan oleh ahli parlimen Semenanjung Malaysia, katanya.



Beliau seterusnya memetik perenggan 190(g), 165 dan 236(a)(i) Laporan Suruhanjaya Cobbold yang menyatakan saranan oleh wakil kerajaan Malaya dan dipersetujui oleh kerajaan British.



Katanya, laporan berkenaan menegaskan bahawa ‘perwakilan wilayah Borneo dalam kerajaan persekutuan hanya akan mengambil kira bukan hanya kependudukan tetapi juga saiz dan potensinya.



Beliau juga mendakwa, nisbah kerusi parlimen untuk semenanjung Malaysia diolah sehingga meningkat daripada 65 peratus pada 1963 (104 daripada 159 kerusi) kepada 75 peratus (166 daripada 222 kerusi) pada masa ini.



Beliau mendakwa, ia menjadikan jaminan perlembagaan kepada Sabah dan Sarawak tidak bermakna apa apa. -mk





Sumber: Feed Bahasa Malaysia

0 comments:

Post a Comment