Ads

Monday 3 March 2014

frey : Sabah dan Sarawak patut bersatu

Pemimpin Sabah dan Sarawak patut bersatu di belakang Tan Sri Taib Mahmud bagi melindungi kepentingan penduduk Borneo dan memenuhi perkara 18/20 Perjanjian Malaysia, kata Ketua Parti Reformasi Negeri (Star Sabah) Datuk Jeffrey Kitingan.



“Kita perlu bercakap dengan satu suara bagi memastikan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia dipenuhi dan hak istimewa serta kedudukan yang terhakis melalui pelbagai pindaan perlembagaan dikembalikan,” kata Jeffrey.



“...pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak perlu fokus dan bercakap dengan satu suara bahawa Perjanjian Malaysia perlu dilaksana dan dipenuhi. Kita patut bersatu di belakang Taib (kini yang dipertuan negeri Sarawak).”



Jeffrey mengulas kenyataan Ketua Hakim Tan Sri Arifin Zakaria yang menyebut Sabah dan Sarawak sebagai rakan penting dalam Persekutuan Malaysia.



Jeffrey berkata, bukan hanya terma dan syarat pembentukan Malaysia, seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan pelbagai dokumen serta jaminan lisan tidak dipatuhi, banyak pindaan perlembagaan menghakis hak istimewa dan kedudukan kedua-dua negeri itu. -MK





Sumber: Feed Bahasa Malaysia

0 comments:

Post a Comment