Ads

Tuesday 11 February 2014

uan liwat II: Anwar gagal ketepikan Shafee

MALAYSIAKINI










Mahkamah Persekutuan Putrajaya sebulat suara menolak permohonan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kerajaan terhadap keputusan Liwat II.



Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, yang mengetuai lima anggota, berkata akuan bersumpah dan kenyataan yang dibuat bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim di luar mahkamah tidak boleh diterima sebagai asas untuk permohonan.



Hakim-hakim lain mendengar rayuan itu adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Richard Malanjum, dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar, Zaleha Zahari dan Jeffrey Tan Kok Wha.



Ini percubaan kedua Anwar untuk mengetepikan Shafee dari pasukan pendakwaan, selepas beliau memperoleh fiat dari Peguam Negara Abdul Tan Sri Gani Patail Julai lalu.



Pada 20 Disember, Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan pertama Anwar untuk mengetepikan Shafee ketika menolak akuan berkanun Mat Zain.



Rayuan pihak pendakwaan akan didengar di Mahkamah Rayuan esok.



Sumber: Feed Bahasa Malaysia

0 comments:

Post a Comment