Ads

Friday 18 October 2013

ESS STATEMENT “Pemimpin Sabah Mesti Satu Suara Berani Mempertahankan Keharm...

PRESS STATEMENT



“Pemimpin Sabah Mesti Satu Suara Berani Mempertahankan Keharmonian Dan Hak Sabah”

----------------------------------------------------------------

Kota Kinabalu: “Pemimpin Umno Sabah harus lebih berani dan terbuka mempertahankan keharmonian dan hak Sabah” berpendapat Hasmin Azroy Abdullah, Ketua Wiramuda STAR Sabah, ketika merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Anifah Aman di laman Facebook mengenai keharmonian di Sabah.



Akhir-akhir ini banyak kenyataan agama berbaur politik yang boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat berbilang kaum di Sabah. Kebanyakan kenyataan itu pula dikeluarkan melalui pentafsiran dua 'dunia' yang berbeza khususnya antara Malaysia Barat (Semenanjung Malaysia) dan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).



Pelbagai reaksi masyarakat diluahkan sama ada dalam media arus perdana mahupun media alternatif seperti blog dan laman sosial. Tidak terkecuali para pemimpin sama ada pemimpin kerajaan mahupun pembangkang.



Apa yang menarik ialah kebanyakan kenyataan pemimpin Sabah ini menjurus kepada satu titik persamaan iaitu mempertahankan keunikan dan keharmonian bermasyarakat di Sabah. Datuk Seri Anifah Aman misalnya pada Selasa lalu dalam laman sosial Facebook miliknya menegaskan bahawa kita sudah hidup dalam keadaan harmoni sekalipun berbeza bangsa dan agama. Beliau memberi contoh bahawa 1/3 ahli keluarga sebelah arwah ibunya adalah Kristian tetapi soal ini tidak pernah menjadi isu. Jadi beliau beranggapan bahawa kenyataan berkaitan agama ini hanya bertujuan mencari publisiti murahan. Di akhir kenyataan itu, beliau menyeru semua rakyat Sabah supaya mempertahankan hak kita.



Kenyataan ini memberikan gambaran jelas bahawa rakyat Sabah harus bersatu demi mempertahankan hak Sabah.



“Saya menggesa agar kenyataan ini bukan hanya diluahkan dalam media alternatif tetapi harus diluahkan secara jelas dan nyata dalam media arus perdana tanpa takut dan bimbang” ujar Azroy.



Sudah sampai masanya kepimpinan UMNO Sabah selaku tampuk pemerintahan Kerajaan Sabah tampil dengan lebih berani demi menyuarakan HAK Sabah.



Sekalipun berbeza fahaman politik, kita tetap menyokong kenyataan seperti ini demi HAK Sabah tetapi jangan pula kenyataan ini sekadar penyedap hati orang-orang kita. Ia haruslah dibuktikan dengan jelas melalui tindakan dan suara yang lebih terbuka dan berani. Maka jalan terbaik ialah kita harus mula mengkaji kedudukan Sabah khususnya bersandarkan kepada Perjanjian Malaysia 1963.



Hasmin Azroy Abdullah,

Ketua Wiramuda STAR Sabah

18 October 2013







Sumber: Feed Bahasa Malaysia

0 comments:

Post a Comment