Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Buang Sayang Datuk Abdul Rahim Ismail berkata kenyataan Jeffrey itu bukan sahaja "kebudak-budakan" tetapi jelas tidak menghormati peranan penting dimainkan pemimpin Sabah untuk kemerdekaan Sabah dalam Malaysia.
“Siapa beliau (Jeffrey) untuk membuat cadangan liar itu? Beliau patut baca laporan Suruhanjaya Inkuiri mengenai Borneo Utara dan Sarawak 1962," katanya di Kota Kinabalu hari ini.
Suruhanjaya itu diketuai Lord Cobbold, adalah untuk mengesahkan pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak mengenai cadangan Persekutuan Malaysia.
Abdul Rahim juga ialah Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Sabah. – Bernama,
Sumber: Feed Bahasa Malaysia
0 comments:
Post a Comment