Ads

Thursday 28 March 2013

Taib Mahmud Minta Segerakan RCI Lahad Datu





AIDCNews – 28/03/13 – YAB Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Taib Mahmud mendesak kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang telah mengorbankan 10 anggota Pasukan keselamatan negara kita.



Ketika ditembual oleh Ketua Editor, Portal Merdeka-Online di Kuching, beliau mempersoalkan pencerobohan di Lahad Datu sebagai ganjil dan luar biasa. Tanya beliau, “Kenapa Sekarang?”.



Beliau sangat yakin bahawa wujud dalang di sebalik pencerobohan tersebut, kerana ianya dilakukan ketika Negara kita akan mengadakan Pilihanraya Umum ke-13.



YAB Ketua Menteri Sarawak juga mengecam individu-individu politik yang menuduh peristiwa di Lahad Datu sebagai “sandiwara”. Kata beliau dengan nada serius, “Ini Bukan drama!”. “Apakah kematian 10 anggota pasukan keselamatan kita suatu drama?” soal beliau.



Menurut beliau lagi, semua ini adalah agenda dan skrip yang telah diatur oleh pihak-pihak tertentu khususnya pihak pembangkang untuk kepentingan politik mereka. Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang aman, namun peristiwa yang berlaku baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka sudah sampai ke tahap memperjudikan nyawa dan keselamatan rakyat sendiri, semata-mata untuk berkuasa.




Oleh itu, beliau mendesak kerajaan supaya menyegerakan penubuhan RCI supaya dalang-dalang di sebalik pencerobohan tersebut dapat diadili, dan seterusnya mendedahkan kepada rakyat Malaysia siapakah dalang di sebalik pencerobohan tersebut.



Beliau meminta rakyat Malaysia memberikan sokongan yang padu kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.



Anwar tidak boleh dipercayai



Sementara itu dalam wawancara yang sama, Taib Mahmud menyifatkan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai manusia yang tidak boleh dipercayai.



Sambil mengimbas semula sejarah lama ketika Anwar Ibrahim menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, beliau berkata “ Semasa Anwar memegang jawatan dalam kerajaan, beliau berjanji untuk membantu menubuhkan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), tetapi sehinggalah tertubuh SATU SEN pun Anwar tidak luluskan.



Tentang permohonan Kerajaan Negeri Sabah pada awal tahun 1990, apabila Ketua Menteri Sabah, DSP Pairin Kitingan meminta Kelulusan Anwar Ibrahim (selaku Menteri Pelajaran ketika itu) untuk menubuhkan sebuah Universiti khas untuk orang Sabah, Anwar menjawab, “Sabah tidak memerlukan sebuah Universiti. Tidak Perlu!”.



Menurutnya, Anwar seorang yang bijak membuat propaganda hanya untuk menyenangkan hati orang, tetapi tidak menepati janji. Anwar akan bercakap perkara yang lain di dalam negara, tetapi apabila sampai di luar Negara Anwar akan bercakap lain pula.



Menurutnya lagi, Anwar tidak laku di Sarawak. Di mana-mana beliau pergi, rakyat Sarawak tidak memberikan sambutan melainkan terpaksa mengangkut orang-orang dari luar kawasan untuk dilihat meramaikan majlis.



Tambahnya lagi, rakyat Sarawak sudah fobia dan marah dengan Anwar kerana semasa berjawatan tinggi dalam kerajaan, banyak janji-janjinya kepada rakyat Sarawak tidak ditunaikan.



Oleh itu, janji terbaru Anwar untuk memberikan royalti 15% kepada rakyat Sarawak hanya dilihat sebagai janji pilihanraya sahaja.



Kerajaan Negeri Sarawak kini memiliki rizab tunai sahaja berjumlah RM8 Billion Ringgit iaitu satu jumlah yang terbesar di Malaysia mengatasi negeri Selangor dan Pulau Pinang,katanya.



“YAB Perdana Menteri baru-baru ini turut meluluskan RM2.5 Billion untuk membangunkan prasarana jalan raya di kawasan luar Bandar dan ianya sedang berjalan sekarang.



“Tidak seperti Anwar Ibrahim, DS Najib seorang yang turun padang dan mengotakan janji apa yang dijanjikannya. Ianya sangat menggembirakan rakyat Sarawak.



“Beliau menyeru kepada rakyat Sarawak, supaya terus memilih Kerajaan Barisan Nasional untuk meneruskan kemajuan negeri Sarawak dan memberikan kesejahteraan kepada penduduk Sarawak khususnya di kawasan luar bandar, ” lapor merdeka-online.





Sumber: Feed Bahasa Malaysia

0 comments:

Post a Comment