Ads

Thursday, 28 March 2013

Taib Mahmud Minta Segerakan RCI Lahad Datu





AIDCNews – 28/03/13 – YAB Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Taib Mahmud mendesak kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang telah mengorbankan 10 anggota Pasukan keselamatan negara kita.



Ketika ditembual oleh Ketua Editor, Portal Merdeka-Online di Kuching, beliau mempersoalkan pencerobohan di Lahad Datu sebagai ganjil dan luar biasa. Tanya beliau, “Kenapa Sekarang?”.



Beliau sangat yakin bahawa wujud dalang di sebalik pencerobohan tersebut, kerana ianya dilakukan ketika Negara kita akan mengadakan Pilihanraya Umum ke-13.



YAB Ketua Menteri Sarawak juga mengecam individu-individu politik yang menuduh peristiwa di Lahad Datu sebagai “sandiwara”. Kata beliau dengan nada serius, “Ini Bukan drama!”. “Apakah kematian 10 anggota pasukan keselamatan kita suatu drama?” soal beliau.



Menurut beliau lagi, semua ini adalah agenda dan skrip yang telah diatur oleh pihak-pihak tertentu khususnya pihak pembangkang untuk kepentingan politik mereka. Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang aman, namun peristiwa yang berlaku baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka sudah sampai ke tahap memperjudikan nyawa dan keselamatan rakyat sendiri, semata-mata untuk berkuasa.




Oleh itu, beliau mendesak kerajaan supaya menyegerakan penubuhan RCI supaya dalang-dalang di sebalik pencerobohan tersebut dapat diadili, dan seterusnya mendedahkan kepada rakyat Malaysia siapakah dalang di sebalik pencerobohan tersebut.



Beliau meminta rakyat Malaysia memberikan sokongan yang padu kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.



Anwar tidak boleh dipercayai



Sementara itu dalam wawancara yang sama, Taib Mahmud menyifatkan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai manusia yang tidak boleh dipercayai.



Sambil mengimbas semula sejarah lama ketika Anwar Ibrahim menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, beliau berkata “ Semasa Anwar memegang jawatan dalam kerajaan, beliau berjanji untuk membantu menubuhkan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), tetapi sehinggalah tertubuh SATU SEN pun Anwar tidak luluskan.



Tentang permohonan Kerajaan Negeri Sabah pada awal tahun 1990, apabila Ketua Menteri Sabah, DSP Pairin Kitingan meminta Kelulusan Anwar Ibrahim (selaku Menteri Pelajaran ketika itu) untuk menubuhkan sebuah Universiti khas untuk orang Sabah, Anwar menjawab, “Sabah tidak memerlukan sebuah Universiti. Tidak Perlu!”.



Menurutnya, Anwar seorang yang bijak membuat propaganda hanya untuk menyenangkan hati orang, tetapi tidak menepati janji. Anwar akan bercakap perkara yang lain di dalam negara, tetapi apabila sampai di luar Negara Anwar akan bercakap lain pula.



Menurutnya lagi, Anwar tidak laku di Sarawak. Di mana-mana beliau pergi, rakyat Sarawak tidak memberikan sambutan melainkan terpaksa mengangkut orang-orang dari luar kawasan untuk dilihat meramaikan majlis.



Tambahnya lagi, rakyat Sarawak sudah fobia dan marah dengan Anwar kerana semasa berjawatan tinggi dalam kerajaan, banyak janji-janjinya kepada rakyat Sarawak tidak ditunaikan.



Oleh itu, janji terbaru Anwar untuk memberikan royalti 15% kepada rakyat Sarawak hanya dilihat sebagai janji pilihanraya sahaja.



Kerajaan Negeri Sarawak kini memiliki rizab tunai sahaja berjumlah RM8 Billion Ringgit iaitu satu jumlah yang terbesar di Malaysia mengatasi negeri Selangor dan Pulau Pinang,katanya.



“YAB Perdana Menteri baru-baru ini turut meluluskan RM2.5 Billion untuk membangunkan prasarana jalan raya di kawasan luar Bandar dan ianya sedang berjalan sekarang.



“Tidak seperti Anwar Ibrahim, DS Najib seorang yang turun padang dan mengotakan janji apa yang dijanjikannya. Ianya sangat menggembirakan rakyat Sarawak.



“Beliau menyeru kepada rakyat Sarawak, supaya terus memilih Kerajaan Barisan Nasional untuk meneruskan kemajuan negeri Sarawak dan memberikan kesejahteraan kepada penduduk Sarawak khususnya di kawasan luar bandar, ” lapor merdeka-online.





Sumber: Feed Bahasa Malaysia
Read more

Wednesday, 27 March 2013

Mengapa PR TOLAK Kerjasama Dengan SAPP dan STAR?

Selepas ini tiada lagi perbincangan akan dibuat Pakatan Rakyat bersama dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Reformasi Sabah (STAR).



Keputusan tegas itu dibuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim selepas mengadakan pertemuan dengan semua jentera Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan KEADILAN bersama-sama dengan dua lagi sekutu baru iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang diketuai ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dipengerusikan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin.



Walaupun terpaksa menerima keputusan tersebut dengan rasa 'berat hati', Anwar menjelaskan Pakatan Rakyat sudah banyak kali mengadakan pertemuan dengan mereka tetapi mereka bertegas dengan formula 'kerusi parlimen Pakatan boleh bertanding tetapi kerusi DUN biar kami yang menentang Barisan Nasional (BN)'.



Sumber dalaman memberitahu, SAPP yang ketuanya Yong Teck Lee dan STAR yang dipimpin Jeffrey Kitingan tidak mahu formula Pakatan Rakyat dilaksanakan, iaitu majoriti kerusi parlimen diperuntukkan kepada parti dalam pakatan itu manakala bagi kerusi DUN, pembahagian mengikut kekuatan parti akan digunakan untuk memilih kawasan bertanding.



Jika formula Pakatan Rakyat ini dibuat, ini bermakna SAPP dan STAR cuma mampu bertanding kira-kira 10 kerusi parlimen dan 20 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat akan meletakkan calon mereka di kerusi selebihnya, 15 di parlimen dan 40 di DUN.



Alasan Pakatan jelas, ia realistik sesuai dengan kekuatan jentera Pakatan Rakyat yang lebih tersusun selain dana mencukupi untuk menghadapi pilihanraya berbanding dua parti negeri itu yang kurang mendapat sambutan walaupun pada awalnya dikatakan 180,000 rakyat negeri ini sudah menyertai STAR.



Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari bagi STAR apabila sedikit demi sedikit ahli yang baru menyertai parti itu sudah keluar dan bersama Pakatan Rakyat terutamanya KEADILAN di Tenom, Sipitang dan Kudat.



Terbaru seramai 79 ahli STAR keluar di Tenom, salah satu kubu kuat mereka.



Manakala di Pensiangan, lebih 277 ahli PBS keluar dan mengisytiharkan diri mereka bersama Pakatan Rakyat dan menyertai KEADILAN.



Bagaimanapun tegas Anwar, walaupun mereka tidak bekerjasama dengan SAPP dan STAR dalam soal pembahagian kerusi, Pakatan Rakyat tidak akan menyerang mereka kerana fokus untuk menumbangkan BN kekal menjadi sasaran utama.



Kemungkinan untuk pertandingan satu-lawan-satu sudah dianggap tipis namun Pakatan Rakyat akan cuba untuk mengelak perkara tersebut semaksimum mungkin.



Tuduh-menuduh sudah tidak berguna lagi dan sekarang masanya untuk bekerja menumbangkan BN yang juga bermasalah terutamanya krisis antara ketua menteri, Musa Aman dengan Naib Presiden Umno, Shafie Apdal.



Bagaimanapun dengan perkembangan terbaru selaras dengan keputusan perdana menteri, Najib Altantuya mengarahkan supaya 10 daerah merangkumi 15 kerusi parlimen menjadi zon selamat akan menyukarkan Pakatan Rakyat untuk membuat kejutan.



Mengapa tidak, kerana Najib Altantuya akan memastikan 15 kerusi tersebut kekal di tangan BN sekaligus mengelak tsunami politik kedua dalam sejarah megeri itu setelah Parti Bersatu Sabah (PBS) melakukannya era 90-an dulu.



Peluang untuk membuat kejutam tetap ada namun tindakan licik Najib Altantuya dijangka akan menyelamatkan BN dari kehilangan Sabah kepada Pakatan Rakyat.



Tetapi Anwar optimis Pakatan Rakyat sudah diterima di negeri ini dan biarlah Najib Altantuya menipu dalam pilihanraya, yang pasti rakyat Sabah akan membuat pilihan dan BN akan tahu nasib sebenarnya nanti.



Sumber: Jalan Pulang





Sumber: Feed Bahasa Malaysia
Read more

Friday, 22 March 2013

Jeffrey Kitingan forms United Borneo Front - New Sabah Times

Jeffrey Kitingan forms United Borneo Front 17th December, 2010. PENAMPANG: Maverick politician, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yesterday announced the formation of ...

Source: Google Syndication
Read more

Bekas OCPD: Tukar k'jaan, pulihkan wibawa polis


Kerajaan sedia ada perlu ditukar jika rakyat benar-benar serius mahu mengembalikan kewibawaan pasukan polis, kata seorang bekas pegawai kanan polis, malam tadi.



Mantan ketua polis daerah Kota Kinabalu, Sabah Mohd Yousoff Babjee berkata, pasukan polis kini menerima terlalu banyak campur tangan politik sehingga mengganggu tugas-tugas mereka.



"Untuk memulihkannya saya rasa kita tukarlah kerajaan. Saya rasa jangan (ada) masuk campur tangan politik (dalam polis).



"Kalau campur tangan politik jadi susah kita nak laksanakan (tugas). (Ada arahan) Orang ini boleh tangkap, orang ini tak boleh tangkap. Orang ini boleh tuduh, orang ini tak boleh tuduh," kata dalam forum "Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara" di Kuala Lumpur malam tadi.



Forum melibatkan 700 peserta itu dimudah cara oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan dianjurkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.



Sementara itu, beliau turut menyatakan rasa kesalnya dengan pasukan polis yang kini dilihat bersikap pilih kasih dalam menjalankan tanggung jawab mereka.



'Kenapa bacul bertindak?'



Menurutnya, polis dilengkapi latihan secukupnya namun menjadi bacul kerana "menerima arahan" sehingga gagal bertindak terhadap keganasan pada ceramah politik dan serangan terhadap ibu pejabat parti politik.



"Saya tertanya-tanya kenapa polis tidak bertindak. Siapa yang bagi arahan? Ini satu perkara yang tidak adil, dan pasukan polis terbawa-bawa (kepatuhan menerima arahan) seperti pejabat PKR yang dibaling batu, telur dan sebagainya.



"Balai polis sebelah sahaja (tetapi) saya malulah (mereka tidak bertindak). Mesti ada satu arahan kalau tidak mereka tak akan begitu. Mereka ini ada latihan dan ada pelajaran.



"Kenapa boleh jadi sedemikian sehingga mereka ini bacul hendak ambil tindakan?" katanya.



Menurutnya lagi, keberkesanan polis membanteras jenayah juga sepatutnya diukur daripada persepsi orang ramai terhadap tahap keselamatan mereka, dan bukan berdasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan.



"Kejayaannya (pengurangan kadar jenayah) sepatutnya dirasai masyarakat sendiri sama ada kita , anak-anak kita dan keluarga kita berasa selamat atau pun tidak.



"Kalau kita ada perasaan selamat, barulah polis itu berjaya, bukan polis yang cakap," katanya.



Dua hari lalu, Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri dalam laporannya mengumumkan kadar jenayah berjaya diturunkan sebanyak 27 peratus dalam masa tiga tahun Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan.



'Tentang Komunis, bawa batalion ke Namibia'

Laporan sama juga menyatakan persepsi pengurangan jenayah semakin meningkat walau pun sesetengah rakyat mendakwa sebaliknya.



Menurut Yousoff, perasaan selamat masyarakat terhadap persekitaran mereka sebenarnya tidak banyak berubah di antara dahulu dan sekarang.



Sebaliknya, masyarakat kini kurang yakin dengan keupayaan polis mengurangkan kadar jenayah.



"Perasaan selamat dahulu dan sekarang tak banyak beza.



"Hanya kepercayaan terhadap polis (yang berbeza), sama ada kita yakin (terhadap) mereka atau pun tidak," katanya.



Seorang lagi ahli panel, mantan timbalan panglima angkatan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghaffir Abdul Hamid membidas kenyataan pihak yang mempertikai kritikan beliau terhadap cara kerajaan menangani pencerobohan Lahad Datu.



"Semasa saya menjadi pegawai pemerintah, saya berkhidmat menentang pengganas komunis di kawasan hutan Perak.



"Paling istimewa sekali, saya membawa satu batalion tentera ke Namibia," kata Ghaffir merujuk kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor menolak kritikannya atas alasan beliau sendiri tiada pengalaman berperang.



Ghaffir sebelum ini berkata pencerobohan Sulu boleh ditamatkan lebih awal jika terdapat arahan jelas dari kerajaan.

Source: Google Syndication
Read more

Thursday, 21 March 2013

Former PBS leader to take on his old party


KOTA KINABALU: Three-term assemblyman Joseph Sitin Saang is attempting to make a comeback in the coming general election, this time contesting on a PKR ticket.

The respected local leader from the interior town of Telupid is returning from the political wilderness by standing for election in the state constituency of Labuk.

He will face incumbent Michael Metah Asang, the Parti Bersatu Sabah (PBS) vice-president whose candidacy was confirmed by party president and Deputy Chief Minister Joseph Pairin Kitingan last year.

Saang represented Kuamut during the PBS government until he quit to join Parti Demokratik Sabah (now renamed United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation) after the 1994 state election.


In the 1999 election, he contested on a Barisan Nasional ticket but lost to Abdul Malek Chua of PBS.

The defeat and the subsequent re-entry of PBS into the BN fold sidelined him as a political force for over a decade.

He re-emerged from the political wilderness in June last year when he joined opposition party PKR.

Labuk is one of the two state seats within the Beluran parliamentary constituency, a non-Muslim Bumiputera Kadazandusun Murut majority area. The other is Sugut.

‘No political novice’

All the seats were won by the ruling coalition in the 2008 elections. The incumbent MP is Parliament Deputy Speaker Ronald Kiandee of Umno.

Surady Kayong, also of Umno, is the assemblyman for Sugut.

Asang, who was Jambungan MP (1986-1995) won Labuk for the opposition PBS in the 1999 election defeating BN’s Tan Yong Gee of Upko. He retained the seat uncontested in the 2004 election and again in the last election.

Asang garnered 6,178 votes in the 2008 election defeating Sipin Kadandi of PKR who gained 723 votes while independents Mervin Enti and Yusof Apok polled 657 and 107 votes, respectively.

Saang, Asang and Tan, apart from being related, have another thing in common – all were groomed by former Labuk assemblyman the late Paul Baklin Gurandi.

Saang, who is backed by the pro-Pakatan Rakyat political platform Angkatan Perubahan Sabah (APS) headed by incumbent Tuaran MP Wilfred Bumburing, is brimming with confidence.

“The support has been overwhelming … I am no political novice … I can feel the support of the people who want change. It is for this reason that I am contesting in this election,” he told FMT.



Source: Google Syndication
Read more

Jeffrey Kitingan to launch Sabah STAR Friday - Nation | The Star ...

KOTA KINABALU: Datuk Dr Jeffrey Kitingan will be putting on his latest political cap when he opens the Sabah chapter of the State Reform Party (STAR) on Friday

Source: Google Syndication
Read more

Monday, 18 March 2013

Projek IC: Dr M pembohong besar! – Bekas Ketua Daerah Sandakan


7 Jamadil awal 1434H,



KUALA LUMPUR 19 MAC: Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim menyelar kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh pegawai kerajaan menjual kad pengenalan (IC) untuk kepentingan diri.



“Dr Mahathir pembohong besar,” kata Hassnar membidas kenyataan Mahathir seperti dilapor Bernama dalam program ‘Bicara Minda di Papar, Sabah 17 Mac lalu.



Mahathir dilaporkan berkata, rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan dilakukan pegawai kerajaan atas kepentingan individu.



Tegas Hassnar, projek IC adalah dalam pengetahuan Mahathir yang tidak selesa dengan pentadbiran Parti Bersatu Sabah (PBS) antara tahun 1990 dengan 1994.



Malah kata Hassnar, dirinya menjadi ‘bahan tawaran’ antara Presiden PBS, Joseph Pairin Kitingan dengan pentadbiran di Kuala Lumpur yang ketika itu berniat untuk menyertai semula Barisan Nasional.



“Salah satu syarat (rundingan), Joseph minta saya dimasukkan ke dalam penjara,” kata Hassnar.



Tegasnya, sekiranya Dr Mahathir memikirkan bahawa projek tersebut sebagai satu kesalahan, dokumen IC tersebut perlu ditarik balik.



“Tapi ada kita pernah dengar IC yang dikatakan dijual yang kononnya tidak sepatutnya dikeluarkan kepada individu yang diimport dari luar ditarik? Tidak ada!” tegas Hassnar.



Beliau berkata demikian pada Forum ‘Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi. – SDQ



Sumber: Feed Bahasa Malaysia
Read more

Thursday, 14 March 2013

MISTERI Pencerobohan: Perlu Kertas Putih ?

PENCEROBOHAN di Lahad Datu cukup mengundang pelbagai persoalan. Persoalan ini semakin hebat kala pemerintah menuduh pembangkang dan pembangkang pula menuduh pemerintah yang melakukannya.



Tuduhan2 yang dilemparkan cukup dengan bukti2 pertemuan bergambar dan alasan2 yang diberikan oleh baik pemerintah dan pembangkang semuanya kekadang masuk akal dan tidak kurang juga yang bersilat kata.



Mulanya dituduh Anwar Ibrahim dalangnya itu terbukti ada gambar pertemuan Anwar dan Misuari dan kalau pertemuan itu visinya merancang pencerobohan, maka sudah tentu sang penceroboh itu kena tangkap di laut sebab menurut bekas laksamana pertama tentera TUDM peralatan 4 agensi kerajaan seperti merin, tentera cukup lengkap bisa tahu kapal2/feri yang membawa senjata lewat jarak 100 batu.



Kalaulah benar katanya laksamana, maka itu sudah bisa dijawab bukan Anwar dalangnya dan sebaliknya tentu saja yang berkuasa terhadap kepimpinan Tentera dan 3 agensi yang lain. Siapa yang berkuasa? Tentu saja Menteri Pertahanan, Menteri keselamatan dalam negeri yang berkerja bagi pihak Perdana Menteri.



Nah, secara lojiknya begitulah keadaannya, tetapi meski demikian Anwar juga yang disalahkan dan jawaban Anwar yang dia tidak menafikan pertemuannya dengan Misuari, sebab semua pemimpin juga pernah ketemu dan bergambar bersama misuari dan orang-orang Kiram III dan ini memang benar sebab sebagai pemimpin baik dalam kerajaan maupun pembangkang akan pasti ketemu dan berbincang sama hal ehwal negara masing2. Itu tidak dapat dihindari.



Sebelum pencerobohan memang ada perjumpaan/pertemuan tandatangan damai di Filifina dan Najib sendiri bertindak sebagai orang tengah dan kelihatannya perjanjian itu tidak menguntungkan Kiram III dan menurut berita kesan itu Najib kononnya ada berjanji untuk memberikan kawasan/tanah buat Kiram III dan itu yang menyebabkan mereka datang ke Sabah untuk maksudnya tuntut janji dan kalau ini benar, apakah benar Anwar dalangnya?



Keadaan ini menjadikan sesuatu ISU yang cukup panas dan masing2 dengan hujjahnya yang bisa diterima akal dan kerana itu saya katakan pencerobohan itu ada misteri dan ada sesuatu yang tersirat yang rasanya sukar sangat kita terka.



Terdapat juga foto2nya yang entah benar entah tidak dr jefery kitingan terlibat menjadi dalangnya dan ini juga menjadi tandatanya tetapi kalau sekadar gambar dan itu tidak menjadi persoalan apa-apa sebab sebagai politikus tentu saja pertemuan dapat membuah sesuatu di election akan datang yang maksudnya dapat meraih undi yang banyak dan tidak hairan kalau dr jefrey sendiri ketemu ketuanya untuk mendapatkan sebanyak undi dan tentu akan sama juga cerita yang pertemuan itu semata untuk mendapatkan undi.



Election yang sepatutnya diadakan dalam bulan ini kelihatannya baik pemerintah atau pembangkang punya strategi dan cara yang berbeza untuk memenangi hati rakyat dan kalau Najib memang berjanji untuk memberikan kawasan Tanah kepada Kiram/barangkali lojik juga dan ini tentu akan mendapat sokongan pengundi PTI yang sekian lama di Sabah, tetapi kesan tindakan Kiram membunuh 9 0rang pegawai keselamatan kita, itu jelas Kiram tersilap langkah dan orang sabah semakin marah dan benci dan kesannya barangkali pengundi PTI akan beralih kepada Pakatan.



Kenapa beralih kepada pakatan? Selama ini saya perhatikan Pakatan tidak menumpukan sangat kempen mereka soal PTI ini dan ini terbukti bila presiden Pakatan pernah berkata ISU PTI akan diselesaikan dengan cara baik dan ini menjadikan harapan yang baik buat PTI yang sudah mendapat kad penegenalan di Sabah dan barangkali ini juga yang dijanjikan oleh pembangkang lain di sabah. Kelihatannya semua parti berusaha sangat untuk maksud mendapatkan title juara di election akan datang ini.



Kerajaan Manila yang memang tidak merestu Kiram III ini telah menjelaskan ada orang lain yang menjadi dalang pencerobohan dan sehingga sekarang kata2 dan tuduhan itu masih tergantung dan katanya akan dilaporkan terus sama Najib dan kelihatannya ini menjadikan kita terus bertanya, tetapi ini juga wayang yang kita sendiri masih menunggu dan terus menunggu.



Kemudian membaca amaran keras Misuari kalau adik Kiram III terbunuh ia akan serang Malaysia dan ini tentu saja ugutan dan kesannya seolah Misuari tidak sebulu dengan Najib dan ini bisa saja memperkuatkan yang Anwar dan Dr Jeffery terlibat sama. Begitulah yang saya jangka dan entah apa pula pandangan yang lain.



Tetapi yang jelas PRU kali ini memang hebat dan bukan saja hebat banding semua PRU yang sudah2 tetapi PRU kali ini media, internet penuh dengan makian serta segala macam fitnah dan yang menjadi kita kesal ialah soal pencerobohan yang menyebabkan nyawa pegawai keselematan kita melayang, anak-anak jadi yatim dan isteri kehilangan suami.



Jelaslah PRU kali mengorbankan banyak nyawa kalau diambil kira kes pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu dan semua rakyat bukan saja dalam persoalan teka teki tetapi cukup meresahkan dan semuanya dalam keadaan yang cemas seolah perang sudah bermula.



Apapun, saya kira bukan saja visinya kerana election, tetapi kesan sekian lama disimpan dan dahagakan kesenangan, maka dalam keadaan yang sesuai inilah kiram III mengarahkan orang2nya penceroboh dengan harapan nanti akan diambil perhatian atau barangkali kesan huruhara itu diharap PBB atau OIC bisa mengambil tindakan dan ini sebagai permulaan tetapi Kiram tersilap langkah bahawa kesan Filiffina menjadi negara republik, soal sultan sudah tidak diguna pakai lagi dan Amerika sendiri mempastikan sultan tidak wujud lagi di negara Filiffina itu sendiri.



Kelihatannya bukan saja Kiram III bakal gagal setelah mengikut undang2 dan peraturan, tetapi dia juga kena jadikan catur permainan lewat politik di Malaysia dan sudahnya rakyat sendiri yang rugi sebab menang sorak kampung tergadai.



Lalu salah siapa?



Najib kena jawab semua persoalan dan kertas putih harus disediakan untuk kerajaan bisa menjelaskan keadaan sebenarnya.





ISMAILY BUNGSU

SABAH





Sumber: Feed Bahasa Malaysia
Read more